CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 27 November 2008

Family day team B

Utk lihat gambar2 orang lain dr Shift B yg dtg Family day(Team B)sila pegi link kat side bar

Selasa, 25 November 2008

enjoy


Khamis, 20 November 2008

Ayat Ayat Cinta







Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang


Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

REFF: Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta

Ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang

kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
Repeat REFF:
Ketika ku bersujud 2x

Lirik Lagu Puteri Sentubung






Puteri Santubong
Puteri Santubong,puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

( syair )
Ooo... puteri santubong
Menenun kain...
siangOoo...
puteri sejenjangMenumbuk padi... malam

Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati

Yalah kisah duak 'rang puteri
Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawak

Rabu, 19 November 2008

My hometown


2


Ni suasana kat pekan daro, kat jetty boat ekspress







  1. 1






Ni le keadaan biasa kat kpg tebaang sarawak.(Pic. ni gua ambil flickr)Saje melepas rindu kat kpg.Dah setahun tak balik.Kubah beritah?apa khabar?.bila le dpt balik.



























































































































Rabu, 12 November 2008

Tip:Bagaimana sabar boleh mengawal emosi(Dr.HM Tuah)




Betulkah sabar boleh membuat kita mampu mengawal emosi?
Jawapannya YA, terutama saat berdepan marah, tekanan dan kegusaran. Bagaimana sabar dapat mengawal emosi, misalnya rasa nak marah? Saya akan explain dari aspek teknikalnya.
Marah adalah sikap yang cuba dikawal oleh ramai orang, tapi masih gagal. Dengan sentiasa penyabar, Anda boleh menahan marah dari meluap keluar. Anda akan bersabar kerana Anda sedar, marah hanya akan memburukkan keadaan lalu menampakkan yang Anda orang kurang berpendirian.
Maknanya, harga diri Anda rendah, jadi Anda tidak layak untuk dihormati hanya kerana Anda orang mudah naik marah. Bila Anda tahu ni, sudah tentu Anda menahan marah sebab Anda tak nak orang tak hormat Anda. Lama-kelamaan, Anda mampu mengawal rasa nak marah, sebab sudah tahu kesannya apa.
Sabar membuat Anda tahan berdepan dugaan getir, misalnya saat dihimpit masalah kewangan yang teruk, ditinggalkan kekasih atau ketika ditipu. Jika Anda tak sabar, sudah tentu Anda akan bertindak sembarangan, lalu menampakkan kebodohan Anda hanya kerana tidak mengawal emosi.
Kesannya, Anda sendiri yang akan merana berpanjangan sebab Anda merosakkan diri sendiri. Contoh terbaik, menghempas barang, menumbuk dinding, paling ekstreme, membunuh diri. Bukankah itu semua merosakkan diri sendiri hanya kerana nak melepas tekanan dari masalah?
Bagaimana pula nak membina sikap sabar? Paling cepat dan paling berkesan, jaga kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang menjauhkan Anda daripada sikap-sikap buruk, membentuk Anda menjadi orang penyabar. Lihat saja orang-orang yang menjaga kekhusyukan sembahyang, mereka adalah orang-orang penyabar.
Cara lain, sabar boleh dibina dengan bertenang. Cool sepanjang masa, usah cepat melatah, elak bertindak melulu ketika terasa nak marah. Cara satu lagi, amalkan releksasi khususnya kawalan pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, lepas perlahan-lahan.
Tutup mata, kosongkan fikiran, tenangkan minda dalam 3-5 minit, dua kali sehari. Lakukan berkali-kali setiap hari, sepanjang masa untuk mengawal marah. Bila berjaya mengawal marah, maknanya Anda dah boleh mengawal emosi Anda sendiri, bermula dari sikap sabar.

Selasa, 11 November 2008

cool down dgn cepat(DR.Fazillah kamsah





Kekadang kita mudah nak naik angin sebab perkara yang sangat simple, misalnya, bila keyboard ngan mouse rosak, tayar pancit, battery handphone tak nak on, kita tetiba naik angin, rasa nak marah, meradang dan tak selesa.
Tapi, tahukah Anda, bila kita cepat naik angin, kita boleh cool down dengan cepat juga? Caranya, baca bahan-bahan motivasi ringkas yang menaikkan semangat Anda atau baca nota kecil yang bertulis kata-kata motivasi.
Kedua, menyanyi-nyanyi kecil. Bila kita menyanyi lagu yang kita suka, emosi tetiba berubah menjadi lebih positif, ceria dan lebih ‘cool’.
Ataupun, tengok video yang kita suka mahupun video lucu, konpom kita boleh bertukar emosi dengan cepat.
Tak caya? Buka You Tube, cari “funny video’ dan layann..
Selain YouTube, boleh pergi ke Daily Motion atau Metacafe.
Ketiga, pergi keluar, jalan-jalan, tarik nafas panjang, tahan dalam kiraan 7 lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh. Buat 3 kali. Kesannya, emosi Anda lebih tenang.
Untuk lagi tenang, lepaskan emosi nak marah tadi tu, let go, lupakan terus dan jangan layan. Ceriakan diri Anda dan pilih untuk jadi orang yang cukup bersemangat.

Isnin, 10 November 2008

Utk tetapan diriku dan keluargaku


Tafsiran Surah luqman
13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala yang kamu telah kerjakan.
16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala yang tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
20. Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
21. Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek Kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke Dalam azab api neraka yang marak menjulang?
22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan.
23. Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan Segala (isi hati) yang terkandung di Dalam dada.
24. Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke Dalam azab yang amat berat.
25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).
26. Allah jua yang memiliki Segala yang ada di langit dan di bumi; Sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
27. Dan sekiranya Segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
28. (bagi Allah yang Maha kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
29. Tidakkah Engkau memerhatikan Bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
30. Bersifatnya Allah Dengan penuh kekuasaan dan Luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya, dan Bahawa Segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Dia lah yang Maha tinggi keadaannya, lagi Maha besar (kekuasaanNya).
31. Tidakkah Engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut Dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan Bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.
32. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah Dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya semata-mata. kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.
33. Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan Anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada Dalam rahim (ibu yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya

Ahad, 2 November 2008

Myself

Gua sebenarnya tak tau nak mulakan blog ni....Oklah..utk sesi ni gua ni cite pasal gua....Gua di lahirkan di sebuah kampung iaitu kampung Tebaang,Daro,sarawak.Kampung ni kat Bahagian mukah...Land of Melanau...So gua ni melanau muslim...Gua sekolah rendah kat kampung...pastu sekolah menengah kat SMKA Sibu...Kampung Tebaang ni bagi gua kampung paling indah ...he he...
Pas SPM gua masuk Ins.Perind.Petroleum Petronas first kat Politek Kuching pastu sambung kat Batu rakit ,Trenganu...Kira dah biasale berjauhan ngan family...Tanggal 15/1/97 abis je kat instep gua kerja kat Titan Chemical kat P.Gudang ,Johor.So dah hampir 12thn gua kerja kat Titan.Happy gak kerja kat sini kekadang tensen gak...biasale jd kuli...nak buat camne....
Gua menutup zaman bujang tanggal 13-11-2006...ngan gadis bugis dri senggarang Batu Pahat..Nama die Siti Norhajjar...dh dapat anak sorang...nama die Mya Qistina Addawiyyah...
Ni bulan February insyaallah dpt no 2...Production bleh thn ngak...hehe...oklah...